Tuesday 6 March 2012

Apa itu Talaqqi?


-Apa itu talaqi?


"Talaqi bermaksud perjumpaan atau pertemuan, tetapi dalam hal ini talaqi bermaksud pengajian ilmu Islam yang disampaikan secara dari guru kepada anak murid secara berdepan dan bil musyafahah (dari mulut ke mulut). Pengajian talaqi ini merupakan satu juzuk dari sunnah Rasulullah apabila Rasulullah menerima wahyu dari Jibril, dan menghafal wahyu tersebut terus dari Jibril. Dalam sesetengah riwayat menyebut Jibril mengarahkan nabi agar tidak tergopoh-gapah dalam menghafaz wahyu. Kaedah pengakian sebegini diteruskan sehingga ke hari ini kerana peraliran ilmu dan pecerahan kitab ulama' yang muktabar disampaikan secara bersanad (dari guru ke guru) sekaligus memelihara keaslian ilmu dan makna penulis kitab tersebut

.
Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii, al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii, Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:

Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”

.. Program Talaqqi Intensif 2012 ialah sebuah majlis pengajian kitab secara talaqqi yang diadakan secara intensif selama 1 hari.Sasaran pengajian adalah sehingga khatam dan memperoleh ijazah daripada daripada Al Habib Shahrin yang akan membacakan kitab Jalan Mengenali Kesempurnaan Rasulallah dan Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll yang membahaskan kitab Solat Nabi Mengikut Mazhab Syafie.

Program ini adalah terbuka kepada semua ummat Islam.Pendaftaran peserta untuk program talaqqi kitab boleh dilakukan pada hari kejadian.

Objektif program umumnya untuk menyuburkan kembali tradisi menuntut ilmu secara talaqqi kitab dengan para masyaikh dan guru yang diakui sanadnya.Mudah mudahan mendapat barakah berkat sunnah yang pernah dilakukan oleh Rasulallah dan sahabat serta para salafussoleh terdahulu. 

"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu" (Ibn Sirin)

"Tidak diambil ilmu itu melainkan dari mulut para ulama'" (Al-Hafiz Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi, salah seorang ulama' hadith yang mahsyur).


InsyaALLAH.Dan diharapkan program Mawlidur Rasul pada malamnya pula dapat menjadi Miftahul Ashwaq yakni pembuka kunci kerinduan kepada Saiyidina Wujud Rasulallah.

Pada sebelah malamnya pula,akan diadakan program Maulidur Rasul secara besar besaran dan kami menjemput ramai para alim ulama dan masyaikh beserta para Al Habib Ali Zainal Abidin al Hamid untuk memberi tausiyah.

Sama-sama kita sentiasa mensucikan niat agar segala usaha kita ini dinilai sebagai jihad pada jalan Allah, memperjuangkan kemuliaan institusi ilmu dan ‘ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah demi kebaikan umat Islam secara umumnya.

''Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini ,akan merasai kemanisan iman: Allah dan Rasul lebih dicintai daripada keduanya.dia mengasihi seseorang yang tidak mengasihinya melainkan kerana ALLAH dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam api neraka.''

(Diriwayatkan daripada Imam Ahmad ,al Bukhari ,Muslim,Tirmizi dan Nasail  di dalam Bab Iman)


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment